Persatuan Olahraga Master Perak

MAJLIS ULANG TAHUN KE-40 PERSATUAN OLAHRAGA MASTER MALAYSIA


Majlis makan malam bersempena dengan ulangtahun ke 40, Persatuan Olahraga Master Malaysia telah diadakan pada 25 Mei 2024 di Kristal Ballroom 1, Hotel PJ Hilton Petaling Jaya Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan.

Persatuan Olahraga Master Malaysia telah menjemput 3 Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Olahraga Master Perak sebagai tetamu khas. Presiden Encik Ahmad Ezman Bin Pudil @ Fadzil, Timbalah Presiden Encik Ariffin Bin Harun dan Ahli Jawatankuasa Induk Puan Almawati Kassim telah hadir bersama-sama untuk menjayakan majlis tersebut.

Encik Jayaraman A/ L Rajamanickam telah menerima jemputan khas daripada Persatuan Olahraga Master Malaysia sebagai mengenang jasa beliau dalam pembangunan Sukan Oahraga Master sejak tahun 1997.

Anugerah cemerlang kepada pemenang-pemenang pingat di temasya Sukan Olahraga Master Asia ke-22 di Filipina pada November 2023 dan anugerah cemerlang kepada tokoh-tokoh Sukan Olahraga Master Malaysia telah diadakan bagi mengiktiraf jasa-jasa atlet-atlet master Malaysia.

Seramai 4 ahli Persatuan Olahraga Master Perak telah menerima anugerah cemerlang


Encik Thomas Kok


Penerima Anugerah Cemerlang sebagai pencatat nama di dalam Malaysia Book Of Record untuk pemenang tempat pertama terbanyak dalam acara jalan kaki (29 kali).

Encik L. Puspanathan


Penerima Anugerah Cemerlang sebagai atlet tertua yang masih aktif dalam dunia Olahraga. Beliau berumur 98 tahun.

Puan Mazlina Shafura Binti Abdul Manap


Penerima Anugerah Cemerlang untuk pemenang Pingat Gangsa 10km Road Race Age Group 40-44 di Kejohanan Olahraga Master Asia ke-22 di Filipina pada November 2023.

Puan Zuharlina binti Abu Baharin


Penerima Anugerah Cemerlang untuk pemenang Pingat Emas 4x400m Age Group 45-49 di Kejohanan Olahraga Master Asia ke-22 di Filipina pada November 2023.

Our Visitors

003286
Users Today : 7
Users Yesterday : 5
Users Last 7 days : 79
Users Last 30 days : 228
Users This Month : 142
Open chat
1
Hi, how can we help you?
Persatuan Olahraga Master Perak