Persatuan Olahraga Master Perak

Mesyuarat Agung Tahunan ke-9


Seramai 51 ahli telah hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-9 Persatuan Olahraga Master Perak yang telah diadakan pada 03.02.2024 di Dewan Seminar 1 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Mesyuarat dimulakan oleh Pemangku Setiausaha dengan mengesahkan kehadiran dan memastikan ianya menepati korum berdasarkan Fasal 14(14.6a) iaitu satu perdua (1/2) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi.

Bilangan ahli yang layak mengundi adalah 82 dan Jumlah ahli yang hadir adalah 51

Ahmad Ezman Bin Pudil @ Fadzil merangkap Pemangku Presiden mengucapkan salam kepada semua yang hadir sekaligus mengalu-alukan kedatangan semua ke Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-9 Persatuan Olahraga Master Perak.

Beliau juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada 2 pucuk pimpinan tertinggi Persatuan Olahraga Master Malaysia iaitu Encik Selamat Bin Sarif selaku Timbalan Presiden dan Encik SM (B) GP Balan selaku Setiausaha Kehormat yang sudi hadir sebagai pemerhati. Encik Selamat Bin Sarif telah berbesar hati untuk merasmikan Mesyuarat Agung ini.

Mesyuarat Agung kali ini juga telah diadakan pemilihan Ahli Jawatakuasa Induk yang baru bagi sesi 2024/2026

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.50 petang.

Our Visitors

003286
Users Today : 7
Users Yesterday : 5
Users Last 7 days : 79
Users Last 30 days : 228
Users This Month : 142
Open chat
1
Hi, how can we help you?
Persatuan Olahraga Master Perak